KL Gangster Cecah RM10.3 Juta, Yusof Akur Idea Syamsul


Kejayaan KL Gangster sebagai filem Melayu paling tinggi mengutip sebanyak RM10.3 juta selepas 10 hari ditayangkan di 80 buah pawagam seluruh negara ini sejak 9 Jun lalu amat membuka mata banyak pihak.

Pre-Walker
Iklan
Malah, Pengarah Urusan Skop Production dan penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam, terpaksa akur dengan idea anaknya Syamsul Yusof selaku pengarah filem itu walaupun sebelum ini mereka selalu bertelingkah pendapat.

“Saya kena akur bahawa Syamsul lebih memahami selera penonton hari ini. Saya sudah berusia 57 tahun dan berjiwa lama serta memikirkan filem yang boleh melepasi Lembaga Penapis Filem.

“Bagaimanapun, saya bangga dengan dirinya yang berani membuat pembaharuan dan mahu keluar dari kepompong. Itu saya katakan dari kontek filem. Tetapi saya rasa filem KL Gangster kurang sesuai untuk dijadikan siri televisyen dan tidak akan membenarkan Syamsul mengadaptasi filem itu kepada drama,” katanya.

Filem itu menewaskan sebuah lagi filem tentang gengsterisme berjudul Kongsi yang mengutip RM8.4 juta setelah ditayangkan pada bulan lalu.

Yusof yakin kutipan filem itu akan meningkat sehingga RM12 juta jika terus ditayangkan sehingga hujung minggu ini.

Filem ini turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan (Raja Lawak), Adam Corrie Lee, Soffi Jikan dan Sheera Iskandar.

Memikirkan tentang perancangan selanjutnya tentang filem ini, Syamsul bakal mengarah filem KL Gangster 2 (Prekuel), iaitu kesinambungan cerita yang akan mengimbas semula di sebalik cerita dan konflik yang berlaku sebelum itu. Kata Yusof, anaknya sedang dalam proses penyediaan skrip dan perancangan rapi tentang filem aksi itu.

“Setelah mendapat respons positif daripada pengedar filem dari Thailand, kemungkinan filem ini akan dipasarkan ke sana dan bakal menggunakan khidmat pelakon dari Thailand untuk prekuel filem KL Gangster.

“Selain itu, kami akan mencuba mencari pasaran dari negara lain seperti Indonesia dan Filipina. Walaubagaimanapun, semuanya masih di peringkat perbincangan,” katanya lagi.

Filem ini turut memecah rekod filem Melayu pertama yang mengutip RM1.5 juta selepas ditayangkan di 80 pawagam tempatan pada hari pertama ditayangkan.

Kos pembikinan dan promosi filem ini membelanjakan sebanyak RM2 juta.

Malaywood: Syabas Syamsul .... jgn lupa pertimbangkan .... filem Mael Lambung
0 Komentar untuk "KL Gangster Cecah RM10.3 Juta, Yusof Akur Idea Syamsul"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info