Betul ker Anuar Zain putus cinta ?
Mengikut sumber, Anuar Zain menyanyikan lagu Kembalilah Kasih pada majlis makan malam Up Close And Personal With Anuar Zain di Menara Kuala Lumpur dan pada suatu ketika dia tiba-tiba terdiam diri seketika sebelum mengalirkan air mata lalu menghabiskan nyanyian tersebut dengan cara yang begitu sempurna sekali. Lirik ciptaan Pacai itu telah membuatkanya begitu beremosi. Ini kerana lagu tersebut member pengertian yang cukup bermakna didalam dirinya serta mempunyai satu kenangan yang indah pernah singgah didalam kehidupanya sebelum ini.
Mengikut cerita dari Anuar, kisah kenangan indah itu adalah merupakan kisah cintanya bersama seorang wanita yang pernah singgah bertakhta dihatinya sekitar tahun 2000. Malangnya jodoh bersama gadis tersebut tidak panjang dan terlerai semua ikatan ditengah jalan, cinta tersebut hanya mampu bertahan selama setahun sahaja.
Setiap lagu dinyayikan oleh Anuar Zain mempunyai maksudnya yang tersendiri begitu juga dengan Keabadian Cinta dan bagi lagu tersebut semua itu berlaku kerana pada waktu itu, dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya sebaliknya wanita tersebut mahukan sebuah ikatan yang sah di usia yang muda.
Ditanya adakah dia sengaja menangis semasa menyanyikan lagu tersebut, "Saya hanya mahu menghiburkan peminat dengan lagu-lagu yang jarang saya nyanyi termasuklah lagu Kembalilah Kasih. Apabila dah menyanyikan lagu itu, tak sangka pula ia akan membuatkan jiwa dan hati saya terusik. Apapun lagu itu, merupakan kenangan dan sejarah dalam hidup saya, cinta lama.
"Itulah antara sebab saya tak pernah menyanyikan lagu itu di mana-mana. Saya tak selesa orang lihat saya macam itu (memangis) tapi saya juga manusia biasa. Adakalanya, tak dapat nak menahan sebak. Malah, saya rasa peminat tak patut melihat saya dalam keadaan sebegitu,"jelas beliau lagi.
0 Komentar untuk "Betul ker Anuar Zain putus cinta ?"