Review filem Flat 3A, aku rasa filem nie ada peluang untuk filem utk jadi antara naskhah filem seram yang baik, walau mungkin tidak asli…. aku nampak ada beberapa persamaan ngan citer –citer Siam dan Jepun… terutama dari segi Mood dan warna - kelam dan sunyi dengan menggunakan rumah usang atau berpuaka sebagai subjek.
Filem Flat 3A adalah arahan Azhari Zain (Santau, 2009; Mantra, 2010) … ia mengisahkan Fiqah yang mahu memulakan kehidupan baru selepas menggugurkan janin hasil hubungannya dengan teman lelaki, Anas. Dia dan rakan sekerja, Ratna berpindah ke sebuah pangsapuri lama dengan kadar sewa rendah.
Bagaimanapun, perpindahan itu bukanlah penyelesaian terbaik apabila Fiqah dihantui bayangan seorang budak perempuan. Dia percaya kanak-kanak itu ialah Fatin, anak kecil yang dikatakan hilang semasa bermain. Gangguan yang dialami Fiqah menjadi permulaan kepada satu rahsia yang bakal dibongkar. [ala ala citer Dark Water (versi Jepun 2002; versi Hollywood 2005) dan Ju-On (1998-2009)]
Tidak dinafikan, setiap karakter dalam setiap cerita mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Namun, Azhari dan penulis skrip Syahriman Wahab tidak mampu menjalinkannya dengan cantik. Akibat terlalu banyak kaitan, jalan cerita menjadi berserabut.
Filem ini turut menampilkan karakter penting lain seperti ibu Fatin, pakciknya Wahyu dan bomoh Kang Suman, di mana masing-masing mempunyai latar cerita sendiri... Mungkin Syahriman terlalu ghairah dalam mencipta banyak watak dan sub-plot sehingga fokus sebenar filem ini dipersoalkan.
Pengguguran anak yang dilakukan Fiqah bukanlah kisah utama yang ingin ditampilkan. Ia sekadar penggerak atau alasan untuk penulis skrip membuatkan Fiqah ingin berpindah rumah.
Plot sebenar ialah mengenai kejahatan Anas dan hubungannya dengan rumah berpuaka itu. Fiqah hanyalah penyambung atau orang tengah yang membawa Anas kembali ke sana. Anas bukan saja didendami Fatin, tetapi juga Kang Suman.
Aku tertarik untuk membincangkan sedikit tentang konsistensi karakter, misalnya Kang Suman. Dia seorang bomoh ilmu hitam yang ditakuti, yang aku yakin sudah membunuh ramai mangsa, tetapi dalam satu babak, dia memarahi Anas yang sanggup membunuh bapanya sendiri menggunakan kuasa mistik.
Begitu juga dengan penduduk flat yang digambarkan suka menjaga tepi kain orang; seperti babak di kedai runcit, bisik-bisik di tepi tangga dan jiran sebelah rumah; tetapi masa babak gaduh-gaduh kat kemuncak di atas bumbung, ke mana perginya mereka semua? <-- nie lah antara kelemahan biasa citer melayu.. (aku membanyangkan diaorang duduk rumah ketakutan... mcm ala-ala filem Kung Fu Hustle... hahahahahah)
Ada menda yang aku kurang paham… apasal Azhari nak gambarkan rumah itu nampak seburuk-buruknya dari dalam. Aku tau lah sebab dia nak buat penonton rasa perasaan ngeri, tapi kotornya nampak mcm tak natural,.. tak nmpak real, over sangat dan macam dibuat-buat... krew krew yg setting lokasi pengambaran pun perlu perbaiki mutu dan quality kerja-kerja diaorang.
Kalau kita rujuk contoh filem Dark Water (versi Jepun 2002; versi Hollywood 2005) di mana rupa dan perasaan buruk rumah itu hanya pada babak-babak tertentu - adegan imbas kembali atau adegan halusinasi dan tidak keseluruhannya. Macam nie baru lah lebih realistik. Tak bleh over sangat…. Tak feel ke-real-an nyer…
Aku takder masalah kalau Filem Flat 3A nak pakai pelakon baru sebagai pelakon utama sebab Malaywood memerlukan kepelbagaian pelakon.
Tapi sayangnya, kebolehan diaorang masih belum cukup kuat untuk membawa karakter yang berat, lebih-lebih lagi watak Anas yang multi-dimensi.
Adey Syafrien pun tak bagi jiwa kepada Anas yang sepatutnya dibenci penonton…. Kena belajar lagi bab bab karekter antagonis… amek contoh Saleh Kamil dan S. Kadarisman jer dah cukup…
Bagi aku lah... Adey Syafrien sekadar macam baca skrip jer... kadang tak kena bunyi dan intonasi. Riak wajahnya juga mendatar, tidak menggambarkan seorang lelaki yang penuh rahsia dan muslihat… aku rasa watak macam nie, lebih sesuai dibawa oleh beberapa pelakon senior yg lain… maleh nak sobut… kang pelakon baru tak leh nak cari makan lah pulak kang… kan ?
Shasha Zurazie yang menggalas peranan Ratna pun nampak agak kaku… masih boleh diperbaiki.. Wataknya sebagai gunting dalam lipatan sepatutnya sangat menarik.
Sementara itu, Ery Zukhairi mencuba sedaya-upaya untuk mengisi watak ustaz Wahyu. Sememangnya tidak mudah untuk membuatkan penonton percaya terhadap watak sebegini, apatah lagi apabila melibatkan ayat-ayat suci al-Quran dan 'ilmu menghalau hantu'. Ery dilihat hanya separuh berjaya… kira boleh lah…
Mereka sepatutnya menjadi teras untuk menyokong lakonan baik Intan Ladyana sebagai Fiqah. Dia kelihatan seperti bergelut seorang diri untuk 'menyelamatkan' Flat 3A. Pengarah sepatutnya membimbing pelakon yang dipilih agar nampak serasi dan seimbang.
Flat 3A nie boleh dinobatkan sebagai antara naskhah seram yang baik tahun nie, walau mungkin tidak berapa asli secara keseluruhan nyer. Namun premisnya harus diperkemaskan dan pelakonnya harus lebih bersedia... all the best !
Malaywood: aku bagi 3 3/4 bintang (sikit lagi mau 4 bintang...)
Review Filem Flat 3A
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilak...
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Review Filem Flat 3A"