Apsal Julia Ziegler nie, kasi bikin panas laah !!



Kalau ada anugerah artis paling panas bulan ni, dah lama bagi kat Julia Ziegler. Korang nak tau apsal ?

Julia ni konon nyer memang berperangai begitu... perangai panas semacam. Asal ada yang tak puas hati sahaja terus sembur... sikit sikit nak sembur orang. Kalau camtuh, dia boleh kumpul musuh paling ramai dalam industri Malaywood.

Dulu ada kisah panas pasal dia ngan Didie Alias... Skang tak tahu apa kesudahan cerita perang diaorang tu memandangkan masing-masing mahu mempertahan diri sendiri. Aku rasa Didie OK jer.

Kisah terbaru Julia 'menyerang' Sharifah Shahirah pula akibat rasa tak puas hati terhadap adiknya Sharifah Sakinah. Amboi, tak dapat adik bantai kakak yer? Ini kes panas tak bertempat Julia nie !

Ada yang kata semuanya berpunca rasa iri hati, ada yang kata berebut teman lelaki dan macam-macam cerita. Tapi khabarnya Julia dah buat kenyataan pada sebuah portal yang mengatakan dia bertindak kerana Sharifah Sakinah bawa cerita tak baik perihalnya.

Aduh, apa nak jadi dengan kau ni? Asal tak puas hati jer terus main serang-serang. Kalau semua artis macam ni, macam mana nak maju !! tuh nama nyer cari publisiti murahan namanyer. Harap bleh jual muka jer lah .... hancus lah ini macam.
0 Komentar untuk "Apsal Julia Ziegler nie, kasi bikin panas laah !!"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info