Along, Angah mantap bersama dalam : Alamak Toyol !


Ternyata kombinasi dua bekas peserta pertandingan Raja Lawak musim pertama, Along Cham dan Angah mendapat pujian banyak pihak.

Gaya lakonan mereka yang penuh dengan jenaka mampu membuatkan para penonton bukan setakat ketawa, tetapi sekali gus turut menggamatkan ruang pawagam-pawagam di seluruh negara sejak ia ditayangkan 3 November lalu.

Menurut Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, Alamak Toyol! cukup penting kerana ia adalah filem pertama yang memberi peluang kepadanya dan Along melakonkan watak utama di bawah arahan Ismail Bob Hashim.

“Sebelum ini, saya hanya ditawarkan watak-watak kecil dalam filem dan drama. Saya bersyukur kerana bakat lakonan saya terutamanya dalam filem komedi seperti Alamak Toyol! ini mula mendapat perhatian ramai penonton.

“Saya rasa, ramai peminat yang mula melihat keberkesanan lakonan saya sewaktu melakonkan watak Ismat dalam filem Adnan Sempit 1,” ujarnya.
0 Komentar untuk "Along, Angah mantap bersama dalam : Alamak Toyol !"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info