Mizz Nina pilihan artis antarabangsa



Biasanyer kebanyakan penyanyi antarabangsa yang mengadakan konsert di negara ini akan menjemput penyanyi tempatan sebagai artis undangan bagi mengadakan persembahan pembuka tirai konsert mereka.

Tapi dalam ramai-ramai penyanyi tempatan, Mizz Nina merupakan salah seorang penyanyi yang sering menjadi pilihan ramai artis dari luar negara dalam kebanyakan konsert yang mereka adakan di sini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebagai contohnya, pada April lalu, Mizz Nina telah diundang sebagai artis pembuka tirai konsert Justin Bieber dan Bruno Mars yang pertama kalinya diadakan di Kuala Lumpur.

Pada Julai tahun lalu, penyanyi berusia 31 tahun ini juga pernah memeriahkan konsert penyanyi R&B terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Usher di mana dia turut menjadi pilihan pihak penganjur sebagai artis undangan pada konsert tersebut.

Tidak berhenti setakat itu, pada 1 Disember ini, Mizz Nina sekali lagi menjadi pilihan penyanyi pop, R&B dan tekno dari AS iaitu Pitbull yang menjemputnya sebagai artis jemputan pada konsert pertamanya di negara ini. Congrat !!!
0 Komentar untuk "Mizz Nina pilihan artis antarabangsa"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info