Rahmat Mega Sertai Gegar Vaganza


Peserta pertandingan Gegar Vaganza yang terdiri daripada penyanyi berpengalaman iaitu Mamat Exist, Rahmat Mega, Hasnol, Fazli Zainal, Sam Innuendo, Ayai Ilusi, Haleeda, Nadia, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Program itu yang mula bersiaran Ahad lalu di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135) menampilkan mereka yang sudah banyak pengalaman dalam industri muzik tanah air.

Namun bagi menyemarakkan lagi gelanggang seni suara, barisan penyanyi yang terpilih untuk beradu suara dalam program itu sudah bersiap sedia untuk menyahut cabaran dalam pertandingan itu dengan rasa bangga dan bersemangat.

Bagi mereka, rakan artis yang bertanding sama bukanlah saingan malah saling menyokong demi meneruskan kegemilangan industri muzik.
Jika sebelum ini ada di antara mereka menjadi juri pertandingan, kini persembahan nyanyian mereka pula akan diadili juri profesional seperti Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Atas dasar semangat profesionalisme yang tinggi, semua penyanyi tidak langsung rasa berkecil hati atas kritikan yang diberikan.

Setiap minggu, pihak produksi menyediakan tema dan pada minggu kedua Ahad ini, temanya ialah pe­nyanyi idola di mana semua peserta yang akan berentap nanti akan menyanyikan lagu yang dipopularkan penyanyi yang menjadi pujaan mereka.

Pertandingan yang berkonsepkan penyingkiran, pada minggu pertama sudah pun menyingkirkan pea­nyanyi Hasnol. Bermula Ahad ini ada 11 lagi penyanyi yang bakal berentap.
1 Komentar untuk "Rahmat Mega Sertai Gegar Vaganza"

Videos of the moment The Lord of War: “The first video of the Lord of
In this video, we take a look at the Lord of War: “The first video of the Lord of War: “The first video best youtube to mp3 of the Lord of War: “The first video of the Lord of War: “The first video of the

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info