Siapa Bakal Menjadi Juara Maharaja Lawak Mega 2014 ?


Hari Jumaat ini akan berlangsung pusingan akhir Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014). Peserta-peserta yang bertanding diperingkat akhir sangat hebat-hebat belaka. Barisan pelawak-pelawak yang akan berkaksi adalah Nabil, ZERO, SepahTu, BOCEY, SHIRO.

Jika kita imbas kembali aksi semifinal MLM 2014, Ternyata aksi Nabil lah yang paling kelakar. Dan satu perkara yang semua kena terima, Kumpulan Virus tak kelakar pada pusingan Separuh Akhir. Banyak minggu-minggu sebelum nie, Zizan tidak kelakar.

Nasihat gua kepada Zizan: Lu jangan suka menjawab mat. Lu banyak besar kepala. Kalau gua jumpa lu, memang pelempang lah makannya nanti.

Selain daripada itu, jangan lupa pada Kumpulan SepahTu. Diawal musim MLM 2014, SepahTu pernah tampil dengan beberapa aksi kelakar gila. Paling sukar diramal adalah Kumpulan BOCEY, ZERO dan SHIRO. Walaupun ada kala mereka nie kelakar gila, tapi ada juga mereka nie gagal menyerlah. Tidak konsisten.

Saingan memang power. So, kalau berdasar prestasi semasa, gua cuba listkan kebarangkalian kedudukan MLM 2014

  1. Nabil
  2. SepahTu
  3. BOCEY
  4. ZERO
  5. SHIRO

Apa pun tekaan, semua nya bergantung kepada idea yang mereka pentaskan pada pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2014. Harapnya, semua peserta akan dapat idea yang terbaek menjelang final ini.

All the best !
0 Komentar untuk "Siapa Bakal Menjadi Juara Maharaja Lawak Mega 2014 ?"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info