Artis Terbaik Malaywood Mei 2015


Drama Band tertubuh pada 26 Oktober 2010. Empat pemuzik muda; Noorsyaiful, Ammar Habir, Mohd Nor Firdaus dan Faeez Ikhwan telah di satukan menjadi band dalam satu pertandingan realiti radio. Drama berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Sejak dari itu, mereka mula bergiat aktif dalam industri muzik tempatan. Single pertama Drama Band, Babak Pertama berjaya di nobatkan sebagai juara demo single semasa pertandingan itu berlangsung. Lagu itu juga telah dijadikan soundtrack bagi siri tv JUVANA. Babak Pertama juga berjaya masuk ke semi final Anugerah Juara Lagu 2012.

Selepas kejayaan Babak Pertama, mereka telah mengeluarkan single kedua mereka berjudul Cerita Dia. Lagu ini terbukti menjadi lagu terbaik daripada Drama Band kerana bukan sahaja turut tercalon dalam semi final Anugerah Juara Lagu, tetapi juga lagu pertama mereka yang berjaya mendapat ‘view’ sebanyak 1 juta di laman Youtube. Cerita dia juga telah diangakat untuk dijadikan OST Ruby di TV3. Lagu ini juga merupakan batu loncatan bagi mereka untuk membuat persembahan di pentas Anugerah Industri Muzik.

Pada tahun 2013 mereka juga telah di berikan tugas untuk membuat OST untuk JUVANA the Movie. Maka terlahirlah Babak Kedua (Bebaskan). Filem tersebut telah menjadi sukses di serata Malaysia.

Tidak lama selepas itu, seorang producer sebuah drama siri telah berjumpa denagn mereka dan meminta mereka untuk membuat satu lagu untuk dijadikan OST drama beliau. Drama Band secara kebetulan memang mempunyai sebuah lagu yang sangat sesuai dengan ‘genre’ siri TV tersebut. Pihak produksi siri TV tersebut sangat berpuas hati dengan lagu “JIWA” yang di hasilkan oleh Drama Band. “JIWA” juga tercalon dalam ketegori ‘Lagu Rock Terbaik’ bagi Anugerah Industri Muzik 2014.

Drama Band sekarang sedang sibuk mempromosikan single terbaru mereka berjudul “BIARKANLAH”. Lagu ini sedang sering berkumandang di stesen stesen radio tempatan. “BIARKANLAH” juga sedang bertanding untuk layak ke Anugerah Juara Lagu.

Ahli-Ahli Kumpulan Drama Band:
Aepul Roza - Vokalis
Ammar Habir - Pemain Gitar Utama
Daus Drama/SRK - Bassst
Faeez Halim - Pemain Dram

Ikuti Drama Band Di:
Twitter: @DramaBandMY
Instagram: @DRAMABANDMY
Facebook: facebook.com/dramabandMY
0 Komentar untuk "Artis Terbaik Malaywood Mei 2015"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info