Raja Farah Sah Bercerai

Raja Farah

Hari ini Raja Farah menjelaskan rumah tangganya yang dibina sejak tahun 2010 sebenarnya sudah lama retak menanti belah.

Raja Farah memberitahu, dia sudah memfailkan perceraian pada 5 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta dan ia akan dibicarakan esok pagi di mahkamah yang sama.

"Kami sudah tidak sefahaman. Kes kami akan dibicarakan esok," katanya.

Tambah Raja Farah lagi, mereka sudah tidak sebumbung sejak dua bulan lalu.

Suaminya berada di Kelantan dan Raja Farah pula sudah menetap di kediaman keluarganya di ibu kota sejak tempoh berkenaan.

"Sudah lama saya boleh katakan kami tidak dapat hidup bersama. Akhirnya, perpisahan ini yang akan menjadi jalan terbaik. Ikutkan hati memang tak mahu ia berakhir begini," katanya dalam nada sebak.

Tambah Raja Farah, dia sebenarnya tidak kuat untuk membulatkan keputusan berpisah ini.

"Kami sudah hidup bersama cuma belum ada rezeki menimang anak. Susah senang kami lalui selama ini. Tapi ini suratan yang harus saya terima. Kekuatan mahu atau tidak perlu datang dalam diri. Saya banyak dekatkan diri berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya, keluarga juga tak putus memberi sokongan," katanya yang belum terfikir sebarang perancangan masa hadapan tetapi tidak menolak jika ada tawaran berlakon dan mengacara datang.


Malaywood: Bersabarlah banyak-banyak
0 Komentar untuk "Raja Farah Sah Bercerai"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info