KEINGINAN untuk menghasilkan klip video yang sarat dengan mesej agar tidak tampil sama dengan klip video raya lain tidak tercapai apabila semua rancangan berubah pada saat akhir. Namun bagi Mohd Khair Salehin yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan klip video raya personaliti TV3, cabaran sedemikian sudah dijangka. Di saat akhir, anak-anak yatim tidak dapat turut serta kerana bersekolah dan warga tua daripada rumah orang tua juga tidak berjaya didapatkan. Itu baru cabaran pertama, sebaik tiba di lokasi yang terletak di Kampung Endah, Banting bagi menyiapkan klip video pertama untuk lagu Suara Lebaran, Mohd Khair Salehin atau lebih dikenali sebagai Nang berdepan satu lagi masalah apabila selebriti utama tidak dapat hadir iaitu kumpulan Mendua, The Lima serta Faizal Tahir.
Mereka ini penting kerana suara mereka banyak digunakan di dalam lagu Suara Lebaran. Dengan personaliti yang ada seperti Zakiah Anas, Aidid Marcello, Ally Iskandar, Yasir Mansor dan Azwaliza Azman maka terpaksalah Nang mendapatkan bantuan mereka. "Kami cuba sedaya upaya untuk menghasilkan yang terbaik untuk klip video ini. Oleh kerana tiga kunci utama tidak ada, personaliti yang hadir terpaksa tolong 'cover' suara selebriti yang tidak hadir. Suara keluar tetapi tidak ada orang yang menyanyi, jadi hendak tak hendak mereka kena tolong juga. "Mesej yang cuba saya sampaikan di dalam klip video ini tidak kesampaian kerana tidak ada pembabitan anak yatim dan orang tua. Banyak yang lopong, akhirnya klip video ini jadi seperti klip video raya yang lain sekadar kunjung mengunjung.
"Saya sudah jangka semua ini akan berlaku. Setiap kali buat sesuatu, saya selaku fikir mampu atau tidak untuk saya melakukannya. Agak kecewa juga kerana klip video ini yang sepatutnya berbeza dan menyentuh hati hanya menjadi sebuah klip video biasa," katanya yang menjalankan penggambaran sehari sebelum umat Islam menjalani ibadat puasa. Penggambaran berlangsung selama sehari dan dimulakan sejak awal pagi kerana kata Nang untuk mendapatkan cahaya semula jadi daripada matahari. Pada keesokannya pula, satu lagi rakaman klip video untuk lagu kedua Raikan Bersama diadakan tetapi di dalam studio kerana berkonsepkan grafik. Rakaman berkenaan tidak dapat dilakukan sekali gus kerana jadual personaliti yang tidak menentu.
Rakaman dilakukan berperingkat-peringkat mengikut jadual kekosongan artis. Biarpun tidak dilakukan serentak, Nang tidak menghadapi masalah untuk menggabungkan ke semua personaliti yang terbabit kerana proses itu akan dilakukan ketika pos produksi. Namun yang memberikan sedikit masalah adalah pada bajet kerana grafik memerlukan bajet yang tinggi. Kos untuk menyewa studio hijau atau green studio saja menelan belanja yang tinggi tetapi dengan bajet yang diberikan, Nang tetap berusaha untuk memberikan hasil kerja yang memuaskan. "Walaupun ia dihasilkan berpandukan pada harga tetapi kualitinya berpatutan. Malah kami meletakkan 150 peratus usaha untuk menghasilkan klip video ini," katanya yang memerlukan tujuh hari untuk menyiapkan story board kedua-dua klip video ini.
Bagi klip video yang menggunakan teknik grafik, Nang perlu mengarahkan personaliti apa yang perlu mereka lakukan contohnya mengacau dodol, bersalaman dan sebagainya kerana mereka melakukan tanpa objek di depan mata. Objek berkenaan hanya akan dimasukkan pada proses pos produksi. Bahagian itu adalah paling sulit kata Nang kerana ia adalah kepala kepada keseluruhan kerja mereka yang memakan masa lama. Ketika proses pos produksi inilah mereka melakukan suntingan, memasukkan pergerakan, kesan khas dan grafik. Untuk bahagian ini saja, kata Nang lagi ia memakan masa hampir 10 hari untuk disiapkan kerana mereka juga terbabit dengan kerja lain.
Selain itu tenaga kerja yang terbabit juga tidak ramai antara tiga ke empat orang. Nang juga menggunakan kamera jenis Panasonic P2 iaitu kamera yang digunakan untuk menghasilkan komersial raya TV3, dia juga menggunakan lensa yang beresolusi filem. Suara Lebaran akan berdurasi selama tiga minit lebih sementara Raikan Bersama pula dua minit lebih. Kedua-dua lagu ini adalah ciptaan Azmeer dan dijangka akan mula disiarkan di kaca televisyen dua minggu sebelum Aidilfitri.
Sumber : Berita Harian
Home
»
Unlabelled
»
Di Sebalik Tabir: Kerenah artis, personaliti cabaran siapkan program Suara Lebaran
Related Post
Jawab, jangan tak jawab!: 'Hormati kehidupan peribadi kami'SAAT Ramadan menguak tirainya lebih tiga minggu lalu, pasangan romantis Juliana Aziz dan Jehan Miskin menerima satu perk…
Fatimah dapat menantu DisemberJIKA mengikut perancangan, pada Disember nanti dramatis terkenal, Fatimah Abu Bakar dan suami, Syed Zainal Rashid akan m…
Sesuai mood Syawal ANTARA ramai-ramai bekas pelajar Akademi Fantasia, Hazwan Haziq Rosebi dan Nur Farhan Azizan boleh dianggap bertuah ker…
Raya paling seronokDI kala umat Islam sibuk membuat persiapan hari raya, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 3…
Fragmen: Stesen radio kita belum profesionalSEMAKIN dekat hari raya akan disambut, semakin banyak lagu Aidilfitri disiarkan di radio. Nyata sekali lagu raya klasik …
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Di Sebalik Tabir: Kerenah artis, personaliti cabaran siapkan program Suara Lebaran"