SETAHUN bersiaran, rancangan hiburan Melodi dilihat sebagai program yang banyak menyelongkar kisah hanyir industri seni. Sebut saja Melodi, ramai yang tahu bahawa program sejam yang disiarkan menerusi rangkaian TV3 itu penuh dengan adegan sensasi membabitkan artis tanah air. Namun, Melodi bukan sekadar menelanjangkan kepincangan dunia hiburan tetapi turut memaparkan kisah sedih yang boleh dijadikan iktibar ataupun meringankan bebanan mereka yang memerlukan. Sepanjang tahun ini Melodi begitu prihatin dengan menjejaki insan seni yang tidak bernasib baik.
Justeru, mengambil keberkatan bulan yang mulia ini, rancangan khas Melodi Raya 2007 turut menghulurkan sumbangan melalui Tabung TV3 Bersamamu kepada Norasmah Jamaluddin (isteri pelakon lagak ngeri Jangan Pandang Belakang yang kisahnya pernah dipaparkan dalam rancangan itu, Yazid Sobrani), Sudiro Sukiman dan Karim Sulaiman. Sumbangan ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Farid Ridzuan dalam satu majlis yang penuh ceria dan meriah di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, baru-baru ini. Mengulas perkara itu, penerbitnya, Jamil Hassan berkata adalah menjadi tanggungjawab Melodi untuk memberikan hiburan bermesej kepada penontonnya selain menunaikan tanggungjawab sosialnya.
"Pihak Melodi sentiasa cuba memaparkan informasi hiburan yang menepati cita rasa khalayak dan bukan sekadar mensasarkan hiburan kosong semata-mata. Paparan penderitaan insan seni membuka mata banyak pihak dan kami berbesar hati dapat menghulurkan sumbangan kepada mereka pada majlis hari ini. "Mudah-mudahan Melodi bukan saja dilihat sebagai rancangan hiburan, sebaliknya turut dikenali kerana keprihatinan kami terhadap hubungan sesama artis," katanya. Selain itu, Melodi Raya 2007 turut menampilkan rakaman istimewa berkonsepkan Journey To Raya di mana rakaman ini dijalankan di kampung halaman selebriti tanah air yang memfokuskan kepada persediaan mereka di bulan Ramadan Al-Mubarak sehinggalah ke saat menjelangnya Aidilfitri.
Penonton dapat berkongsi pengalaman ini bersama Maya Karin yang sudi berkongsi cerita sambutan malam tujuh likur, Dina dan Fazli Zainal berkongsi kisah berbuka puasa dan penyanyi Nurul membuat persediaan pada malam raya. Kemeriahan Melodi Raya terus dihangatkan dengan persembahan nyanyian dari gabungan artis baru dan lama serta sketsa daripada Azlee, Lan Pet Pet, Syanie, A Chong dan Din Beramboi. Artis lain yang turut menggamatkan dewan dengan persembahan nyanyian mereka ialah Amy Mastura (Setahun Sekali), Faizal dan Nita (Seloka Hari Raya), Andy Flop Poppy (Minal Aidil Wal Faizin), Jalil Hamid (Raya), Pija (Selamat Hari Raya), Raihan (Lembaran Ini), Rosma (Aidilfitri), Datuk Yusni Hamid (Bila Takbir Bergema) dan Ziana Zain (Indahnya Berhari Raya) dan semua artis menerusi lagu Sesuci Lebaran.
Walaupun ada yang tidak mengingati lirik, mereka selamba meneruskan rakaman dan sudahnya dewan itu gamat dengan gelak ketawa. Melodi Raya 2007 adalah antara sajian menarik TV3 sepanjang perayaan Aidilfitri nanti. Rakaman rancangan yang akan disiarkan selama sejam pada 14 Oktober dan 21 Oktober 2007 pada jam 12 tengah hari ini masih mengekalkan Fara Fauzana dan Wahid Senario sebagai hos. Antara wajah popular yang turut kelihatan pada rakaman itu adalah Ezlynn, Nora, Fasha Sandha, Liza Hanim, Adibah Noor, Misha Omar, Spider, Farawahida, Sofaz, Dayang Nurfaizah, Hattan, David Teo, Siti Sarah, Azwan Ali dan Zehra Zambri.
Sumber : Berita Harian
Related Post
Cabaran Fara Fauzana berjoget lambakJIKA diberi tugas untuk mengacarakan sesuatu majlis, rancangan radio ataupun televisyen, Fara Fauzana memang tidak ada m…
Di Sebalik Tabir: Kerenah artis, personaliti cabaran siapkan program Suara LebaranKEINGINAN untuk menghasilkan klip video yang sarat dengan mesej agar tidak tampil sama dengan klip video raya lain tidak…
Makin matang JIKA tiada aral melintang, selepas Aidilfitri ini peminat Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali dengan nama Elyan…
Spider tak takut digam gara-gara tinggalkan kontiBUKAN lagi rahsia. Sebaliknya satu Malaya sudah tahu bahawa gosip yang menyatakan sebuah kumpulan muzik meninggalkan kon…
Melodi Raya 2007 Syawal keduaSETAHUN bersiaran, rancangan hiburan Melodi dilihat sebagai program yang banyak menyelongkar kisah hanyir industri seni.…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Melodi Raya 2007 Syawal kedua"