BERCERAI bukan bererti bermusuh atau putus hubungan. Istilah tersebut tidak wujud dalam prinsip hidup pengarah Aziz M.Osman, 45, dan bekas isteri, Nor Aliah Lee.
Kedua-dua mereka yang mengenakan pakaian sedondon biru datang bersama pada majlis berbuka puasa Media Prima Berhad yang diadakan di TV3, baru-baru ini.
Pada sesiapa yang tidak tahu kisah rumah tangga Aziz dan Nor Aliah atau Vee, pasti menyangka mereka masih lagi pasangan suami isteri kerana kedua-duanya kelihatan begitu mesra sekali.
“Pada saya tidak salah datang bersama atau pakai pakaian sedondon. Orang lain tengok mungkin janggal tapi pada kami ia adalah perkara biasa.
“Sudah 15 tahun kami hidup bersama. Sekarang ini mungkin kami tidak sebumbung, sebilik atau sekatil tapi segala urusan tetap sama seperti dulu. Walaupun tidak ada ikatan tapi kami masih berkongsi menjaga anak-anak dan kami adalah kawan baik,” jelas Aziz.
Malah kata Aziz, bekas isterinya itu masih lagi mengambil berat tentang makan dan pakainya. Secara jujur Aziz akui selama ini Vee yang banyak menentukan imejnya. Apabila Vee tiada, dia lebih senang mengambil sikap asal ada.
“Dulu, dia yang akan tentukan baju apa yang akan saya pakai untuk ke suatu majlis. Sekarang ini mana yang tercapai sahaja dan ikut keselesaan. Tidak ada lagi peraturan khusus,” katanya yang baru selesai mengarah drama Pendekar Lima.
Kedua-dua mereka masih lagi menjadi rakan kongsi untuk syarikat Ace Motion Pictures Sdn. Bhd.
Terkini, mereka baru sahaja membuka anak syarikat iaitu Ace Media Post yang akan mengendalikan urusan rakaman dan penerbitan komik serta Padi Pictures yang akan memberi ruang pada pengarah lain mengarah.
“Kami masih lagi bersama meneruskan perniagaan apa yang kami bina sebelum ini. Kami memang memerlukan antara satu sama lain, “ kata Aziz lagi.
Bila ditanya adakah mereka merancang untuk merujuk semula?
Vee yang merupakan ibu kepada Puteri Nur Asyiqin, 14, Putera Mohd. Aiman, 12, Puteri Nur Aisya, 8, Puteri Nur Ain, 6 dan Putera Mohd. Ameen, 4, serta bekas ibu tiri kepada Puteri Nurul Fateha, 19, dengan pantas berkata, tidak mungkin.
“Perceraian kami pun dibuat dengan cara baik atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Jadi untuk kembali bersama, tidaklah. Walau apapun kami tetap akan bersama sebagai kawan dan rakan niaga.
“Walaupun kami gagal dalam perkahwinan, kami masih perlu menjadi ibu bapa yang terbaik kepada anak-anak,” katanya yang menetap bersama anak-anak.
Vee yang kini tidak lagi bertudung juga sudah lali dengan tohmahan masyarakat yang memandang serong padanya.
Jelas Vee, dia membuka tudung bukan kerana ingin berlakon tapi ada sebab tersendiri. Bagaimanapun dia enggan menjelaskan sebab itu lebih lanjut.
“Setakat ini saya tidak terfikir untuk berlakon kerana saya lebih berminat dengan kerja-kerja di belakang tabir. Saya akan meneruskan kerja yang saya lakukan sebelum ini,” katanya.
Sumber : Utusan
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilak...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Aziz dan Vee tetap mesra"