PENYANYI Nash sudah menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) pertengahan minggu lalu, kata Presidennya, Freddie Fernandez. Namun begitu, ketika Hip menemuinya pada majlis berbuka puasa anjuran persatuan itu di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jumaat lalu, Freddie memberitahu, surat rasmi perletakan jawatan Nash belum lagi diterima. "Sememangnya kami terkejut dengan perkhabaran daripada Nash yang ingin mengundurkan daripada daripada jawatannya itu. Katanya, dia mempunyai pelbagai rancangan lain yang tidak memungkinkannya memberikan tumpuan serta berkhidmat dengan Karyawan.
"Biarpun agak mendadak, namun kami menerima hasratnya itu dengan hati terbuka dan reda dengan keputusannya. Harapan kami, semoga Nash sentiasa berjaya dan bahagia dengan apa juga aktiviti yang diceburi," ujar Freddie yang turut meraikan anak yatim dari Bukit Antarabangsa dan Subang Perdana pada acara berkenaan. Ditanya apakah pengunduran penyanyi itu bersangkut paut dengan masalah peribadi yang dihadapi Nash bersama isterinya, Sosilawati Lawiya berkaitan tuntutan cerai serta pembekuan harta selepas 10 bulan berumah tangga, Freddie tidak menolak hal berkenaan turut menjadi faktor peletakan jawatannya.
"Mungkin hal peribadi memberikan sedikit tekanan kepadanya sehingga dia memutuskan untuk menarik diri. Namun, itu bukanlah alasan yang diberikannya ketika menghubungi saya tempoh hari," jelas Freddie.
Sebagai mengisi kekosongan itu, pelakon Radhi Khalid kini dilantik sebagai Pemangku Timbalan Presiden, manakala penyanyi Datuk Paduka Julie Sudiro pula dilantik sebagai Setiausaha. Ketika ini, hanya jawatan Bendahari yang masih lagi tidak disandang sesiapa dan kata Freddie, mereka sedang mengintai calon paling sesuai untuk jawatan berkenaan.
Sementara itu, ketika menjelaskan mengenai perancangan Karyawan, Freddie berkata, agenda utama mereka waktu ini adalah untuk menguruskan dana bantuan insan seni sebanyak RM5 juta yang diluluskan Kabinet dengan sebaik mungkin. "Masih banyak lagi kerja harus dilaksanakan berhubung dana berkenaan seperti perbincangan secara lanjut dengan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, dan kami sendiri perlu mempunyai perancangan yang konkrit dalam memastikan usaha membela anak seni tempatan benar-benar berhasil," ujarnya. Dia turut memberitahu, agenda kedua Karyawan ialah dalam bab pembangunan industri seni itu sendiri. Katanya, penekanan akan diberikan kepada beberapa perkara yang secara langsung berkait dengan pembangunan termasuk keadilan kontrak dan bayaran, masalah peminggiran artis veteran serta sikap profesionalisme penggiat industri itu sendiri.
Di samping itu, Karyawan juga akan membangunkan laman web yang membolehkan pihak penerbit mendapatkan pelakon atau penyanyi dengan lebih mudah pada masa depan. "Sudah tentu, dalam menjayakan segala usaha ini, kita akan cuba mendapatkan kerjasama persatuan seni yang lain juga. Gambaran sebenar industri kita akan lebih jelas sekiranya semua persatuan memberikan pandangan yang sekata, bukan berbeza-beza. "Seperti isu sesetengah radio swasta yang dikatakan memberikan kelebihan kepada lagu Indonesia, kita semua kena ada pendapat yang sepadu. Justeru, lebih mudah untuk kerajaan memberikan tindak balas mereka apabila kita menyuarakannya," kata Freddie lagi. Menurutnya, semua persatuan seni akan dijemput menghadiri sebuah perbincangan bersama selepas Aidilfitri nanti, bagi membicarakan beberapa topik berbangkit terutama dalam persoalan membabitkan penyiaran lagu Indonesia.
Katanya, kepentingan artis dan komposer tempatan sesuatu yang harus diambil berat oleh semua pihak. Harapan Freddie, isu itu tidak seharusnya berlarutan sehingga ke tahap sistem kuota terpaksa diperkenalkan oleh kerajaan terhadap stesen radio terbabit. Begitupun, jika kebebasan yang dinikmati oleh stesen berkenaan disalah guna, maka tiba masanya sistem itu digunakan demi menjaga kepentingan karyawan seni negara.
Sumber : Berita Harian
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilak...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Karyawan terkejut Nash berundur"