BAYANGKAN penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza masuk ke bilik dan mengejutkan anda untuk bersahur. Pasti rasa macam tidak percaya tetapi itulah perasaan yang dialami kanak-kanak di Rumah Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah, Gombak, Sabtu lalu apabila sebaik mengesat mata, wajah Siti berada di depan mata. Rumah yang menempatkan kanak-kanak berusia antara 2 hingga 15 tahun itu masih gelap ketika krew Singgah Sahur tiba di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi.
Ramai yang sukar membuka mata ketika dikejutkan, apa lagi sebaik bangun tidur tiba-tiba terlihat Siti Nurhaliza duduk di birai katil bagaikan mimpi.
Sebaik melihat kelibat penyanyi jelita itu, mereka bingkas bangun. Namun, seorang penghuni kecil berusia 3 tahun bernama Eton pula begitu sukar membuka mata hingga terpaksa didukung oleh Siti Nurhaliza untuk menikmati juadah sahur yang disediakan oleh pihak TV3. Riuh rendah seketika rumah yang dihuni 31 orang anak malang itu apabila krew Singgah Sahur membuat kunjungan mengejut ke rumah mereka. Siti yang hanya ditemani abangnya Ayie dan kakak iparnya Rozie turut meluangkan masa menikmati sahur bersama anak-anak yang kurang bernasib baik itu.
Suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa pula tidak dapat turut serta kerana ada urusan lain namun, Khalid tidak lupa menyampaikan salam kepada mereka. Siti pula meskipun baru saja selesai dengan majlis di Dataran Mereka terus saja bergegas ke Gombak menunjukkan sikap prihatinnya.
Selesai bersahur bersama, Siti Nurhaliza mengambil kesempatan menyampaikan duit raya kepada penghuni Baitu Saidati dan memberikan sumbangan peribadi serta hamper kepada rumah berkenaan. Sementara itu, pihak TV3 yang diwakili Pengerusi Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Mutalib Datuk Seri Mohammed Razak dan isteri Datin Radziah Mohd Daud turut menyampaikan duit raya dan hamper. Bagaimanapun sebelum ke Gombak, penjelajahan yang bermula kira-kira jam 10.30 malam itu memulakan destinasi pertamanya di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang meninjau mereka yang terpaksa bekerja syif malam menguruskan kontena yang tiba dari seluruh dunia.
Suasana di situ meskipun jam sudah menunjukkan 12 tengah malam masih lagi aktif dan riuh rendah. Pada waktu itulah kapal dari seluruh pelusuk dunia tiba. Kehadiran krew Singgah Sahur walaupun seketika membawakan sedikit keceriaan kepada pekerja di Pelabuhan Barat apa lagi dengan kehadiran dua personaliti TV3, Zakiah Anas dan Hairuddin Mohd Noh, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI). Hampir setengah jam meluangkan masa di Pelabuhan Barat, Singgah Sahur menuju ke lokasi kedua iaitu Sekolah Menengah Seri Puteri yang terletak di Cyberjaya. Pihak TV3 menyumbangkan duit raya dan hamper kepada 121 orang pelajar projek dari golongan miskin tetapi cemerlang dalam pelajaran.
Apabila diberitahu Siti Nurhaliza menunggu krew Singgah Sahur di Gombak dan tidak dapat melawat mereka, terdengar keluhan hampa daripada pelajar cemerlang itu. Penerbit Eksekutif Singgah Sahur, Noraini Tahir berkata, tidak banyak perbezaan di antara Singgah Sahur tahun ini berbanding dua musim yang lalu. Bezanya tahun ini program Singgah Sahur mengundang sama selebriti. Selain itu tahun ini sedikit berbeza apabila Singgah Sahur berada di perantauan iaitu di Stockholm dan London. Program sebanyak lapan episod itu dijangka berakhir pada 6 Oktober nanti.
"Singgah Sahur kini sudah pun memasuki tahun ketiga. Tidak banyak perbezaannya kerana konsepnya masih lagi sama seperti dulu cuma bezanya tahun ini ia ada membabitkan artis. "Selain itu, Singgah Sahur kali ini juga membawakan satu episod dari luar negara di mana Ally Iskandar dan Datuk Farid Ridzuan ke sana untuk bersahur dengan masyarakat kita di sana," katanya. Singgah Sahur menemui penonton pada Jumaat malam Sabtu jam 12.30 tengah malam dan Sabtu malam Ahad pada waktu yang sama di TV3.
Sumber : Berita Harian
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilak...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Tak percaya Siti berada di depan mata"