“Kalau anak saya itu dikebumikan bersama semua organnya, dia tidak mungkin dapat memberi manfaat kepada orang lain. Inilah sumbangan terakhirnya.
“Saya juga bersetuju mendermakan organ anak lelaki saya kerana dia adalah anugerah Allah dan kini tiba giliran saya mengembalikan pemberian Allah itu sebagai tanda syukur.”
Itulah luahan bapa remaja berusia 15 tahun yang mendermakan jantung, paru-paru, hati dan buah pinggangnya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya Isnin lalu.
Penderma tersebut merupakan seorang pelajar berusia 15 tahun yang terbabit dalam kemalangan antara motosikal dengan bas di Batu 10, Lekir dekat sini pada Isnin lalu selepas menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala telah koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia di Hospital Ipoh petang semalam.
Jantung yang didermakannya itu diterima oleh gadis berjantung mekanikal, Tee Hui Yee, 14, yang menunggu jantung baru sejak setahun lalu.
Seorang lagi penerima organ remaja itu ialah seorang lelaki berusia 39 tahun yang mendapat paru-paru remaja itu dan telah menjalani pembedahan serentak dengan Hui Yee di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur hari ini.
Bapa remaja itu yang enggan namanya disiarkan berkata, sebagai makhluk ciptaan Allah, semua yang ada pada tubuh setiap manusia adalah milik Yang Maha Esa dan sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin.
“Semua ini (tubuh manusia) adalah milik Allah,’’ katanya dalam nada suara perlahan sambil menahan sebak ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Beliau menambah, walaupun masih bersedih dengan kehilangan anaknya itu, mereka sekeluarga reda dengan kekuasaan Allah kerana kematian anaknya itu dapat memberi kehidupan baru kepada insan lain.
“Walaupun anak saya sudah tiada tetapi kini saya merasakan kami mendapat seorang anak angkat,” katanya.
Menurutnya, beliau membuat keputusan mendermakan organ anaknya itu setelah mendapat nasihat doktor dan juga terbaca laporan akhbar mengenai seorang gadis yang menantikan jantung baru.
Bagaimanapun, katanya, ketika membuat keputusan mendermakan organ badan anaknya itu, dia menyerahkan kepada jasa baik pihak hospital untuk memberikannya kepada mana-mana pesakit yang memerlukan.
“Saya berasa gembira setelah mendapat panggilan daripada seorang doktor yang memaklumkan bahawa jantung anak saya yang didermakan kepada Hui Yee berjaya dipindahkan kepada gadis itu dalam satu pembedahan di IJN hari ini,” katanya.
Bagaimanapun, bapa penderma itu terkejut apabila didatangi oleh pihak media di rumahnya malam ini sedangkan tidak ramai yang tahu tentang tindakan dia mendermakan organ anaknya itu.
Namun, kehadiran wartawan disambut dengan baik. Katanya, dia tidak mengharapkan sebarang ganjaran atau ucapan terima kasih apabila membuat keputusan mendermakan organ anaknya itu.
“Apa yang kami minta daripada pihak hospital ialah supaya tidak memberitahu identiti anak kami. Saya harap pihak hospital dan orang ramai menghormati permintaan kami ini,” katanya.
Sumber : Utusan
Related Post
Chef Ismail dah kurusKETIKA berkunjung ke majlis rumah terbuka Aidilfitri seorang artis lelaki terkenal baru-baru ini, SS terserempak dengan …
Emelda kena paksa Sejak di bangku sekolah, minatnya lebih terarah ke bidang seni halus, melukis. Tamat sekolah, gadis dari Ipoh, Perak in…
Kasih seorang isteri“Hati saja di sini. Tapi badan dan fikiran berada di seberang sana. Kak Wan nak balik. Ingin berada di sisinya pada saat…
Atie sudah bertemu jejaka idamanLAMA SS tidak bertemu dengan pelakon Suriati Abu Bakar atau Atie. Ketika bertemu dengannya pada majlis pelancaran drama …
Erra, Hans pilihan RTM1FILEM Persona Non Grata yang dijayakan Erra Fazira dan Hans Isaac, menjadi pilihan untuk disiarkan menerusi slot Aura di…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "‘Sumbangan terakhir anak saya’"