RAMADAN mendekati penghujungnya, terasa pantas masa berlalu dan hampir sebulan umat Islam mengerjakan ibadah berpuasa. Menjelang fajar Syawal, tiba masanya meraikan Aidilfitri hari kemenangan selepas sebulan menahan lapar dan dahaga. Komitmen TV3 sebagai pengisian pada bulan mulia ini diteruskan dengan himpunan pelbagai program menarik. Membawakan tema Raikan Bersama TV3, sajian program menarik menanti penonton dimulai pada malam menjelang Syawal. Drama penuh tragis, Takdir Sedang Berbisik lakonan Rosyam Nor, Umie Aida dan Fauziah Nawi menyelak tirai Syawal berkisarkan Husin yang ditimpa kemalangan sekali gus mengubah kehidupannya bersama Maimon.
Husin lumpuh dan kehilangan pekerjaan. Maimon cuba menggugurkan kandungannya namun gagal. Maimon yang tidak pernah hidup susah terpaksa membantu Mak Piah menoreh getah. Himpunan filem blockbuster bermula dengan filem komedi, Nana Tanjung pada raya pertama, disusuli filem penuh aksi Remp-It (raya kedua), Pontianak Harum Sundal Malam 2 (raya ketiga), Cinta Fotokopi (raya keempat), Mukhsin (raya kelima) dan Pemburu Emas Yamashita (raya keenam). Senarai itu berterusan sehingga 19 Oktober ini. Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Farid Ridzuan berkata, sebagai stesen nombor satu TV3 tidak hanya menyajikan filem terbaik.
Sebaliknya sajian program menariknya dilengkapi dengan pelbagai elemen yang memenuhi cita rasa penonton termasuk muzikal, sitkom, variasi, dokumentari juga program kanak-kanak. "Krew TV3 menjelajah ke seluruh pelusuk dunia bagi memastikan program yang disajikan menarik dan memberi manfaat kepada penonton seperti Ketupat Rendang Kanggaru, Aidilfitri Batu 60, Elham & Isra, Iktibar Tragedi 2, Nostalgia Personaliti dan Bersamamu Khas Raya," katanya pada majlis pelancaran program raya TV3 di KL Sentral, baru-baru ini. Selain filem dan dokumentari, TV3 turut menceriakan sambutan Syawal dengan program hiburan dan muzikal bersama barisan artis terkenal seperti Ole-Ole Raya dan Joget Lambak Bersama Fara pada raya pertama, disusuli Romansa Raya, Setahun Sekali dan Gangstarz Raya Special pada raya kedua.
Saksikan juga sitkom yang mencuit hati, Empat Diva Sekampung lakonan Ziana Zain, Ezlynn, Mas Idayu dan Hetty Sarlene pada raya ketiga, manakala Bawang Kecil Bawang Besar dengan gelagat lucu Amy Mastura dan Syanie menemui penonton pada raya keempat. "Apa yang dapat saya simpulkan segala-galanya ada di TV3. Kami sentiasa menitikberatkan pemilihan program terutama menjelang musim perayaan. Buktinya tahun lalu TV3 mendominasi kadar penonton mencecah 50 peratus pada minggu raya," katanya. Majlis pelancaran itu turut diserikan barisan personaliti TV3 serta artis seperti Mas Idayu, Ziana Zain, Ezlynn, Hetty Sarlene, Faizal Hussein, Maya Karin dan Kanchana Dewi. Selain tayangan program terbaik sepanjang Syawal, TV3 turut menyiarkan iklan raya bersama aksi lucu, Adibah Noor dan Hong Yuhang.
Sambutan Aidilfitri turut diserikan dengan klip video lagu raya, Raikan Bersama dan Suara Lebaran bersama barisan personaliti TV3 seperti Zakiah Anas, Azizah Ariffin, Fara Fauzana, Aidid Marcello, Ally Iskandar dan Aidiel Abdul Ghafar serta Faizal Tahir, The Lima dan Mendua. "Hasil jualan klip video ini akan didermakan kepada Tabung Bersamamu TV3," katanya. Majlis pelancaran penuh meriah itu diakhiri dengan pemberian sampul wang hari raya dan cenderahati kepada pengunjung KL Sentral.
Sumber : Berita Harian
Related Post
Iklan Raya TV3 ala-ala christmasSekali tgk iklan raya Tv3 2010 nie agak pelik. Nampak mcm ader yang tak kena. Kenapa scene naik beca tuh ala-ala santa c…
Waheeda kini berpurdah ?AKHIL Hayy dan Waheeda ketika ditemui di majlis pelancaran program raya Astro, Macam-Macam Ada di Sungai Penchala baru-b…
Fahrin Ahmad beraya di MekahTURUT hadir, penceramah motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah (kanan) serta juara Imam Muda, Asyraf ke majlis ber…
Kisah Aidilfitri empat artis mudaCERIA... Fizo, Anna Rafali, Mizz Nina dan Black kongsi kisah kemeriahan hari raya.KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri kian di…
Koleks Gambar Nora DanishBeautiful, Cute and Gorgeous !NORA DANISH... THE HOT MAMAclick to enlarge the picture…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "TV3 sedia program hebat sempena Aidilfitri"