Penyanyi rock peluk, cium artis lelaki

NAMPAKNYA aksi Faizal Tahir yang dikatakan agak keterlaluan ketika pengumuman peringkat separuh akhir Muzik Muzik 22 kategori balada, masih diperkatakan walaupun selepas dua minggu insiden itu berlaku.Dek kerana panasnya isu itu menyebabkan cerita membabitkan salah seorang anggota kumpulan yang turut mara ke final AJL22 seminggu selepas itu dilupakan orang.

Pada SS, cerita ini tidak kurang panasnya tapi SS tidak tahu pula mengapa orang terlepas pandang. Ceritanya begini. Selepas tamat pertandingan separuh akhir kategori Pop Rock, anggota kumpulan rock ini dengan beraninya mencium pipi seorang artis yang turut membuat persembahan pada malam itu.Lebih menjelikkan, dia turut mengungkapkan kata 'saya cinta kamu' dalam bahasa Inggeris sehingga ramai orang di belakang pentas terkejut.

Apa tidaknya, yang dilafaz cinta dan dicium anggota kumpulan rock ini bukannya artis perempuan, sebaliknya lelaki.Kata satu sumber, sekalipun dia bergurau atau memang itu caranya dia meraikan teman lama tapi perbuatannya itu mengundang syak wasangka orang sekeliling. Tambah kesian, artis lelaki yang diciumnya itu tidak semena-mena turut terkena tempiasnya.

SS difahamkan, anggota kumpulan rock itu terlalu gembira kerana kumpulannya mara ke akhir dalam satu keputusan yang agak mengejutkan. Pada mulanya mereka tidak disenaraikan antara lima ke final tetapi penganjur memutuskan memilih mereka.

Teruja sangat agaknya sehingga dia hilang kawalan dan disebabkan itulah apabila penyanyi pujaannya melintas depan mata, dia terus jadi tak keruan hingga memeluk dan mencium pipi artis lelaki ini untuk meraikan kegembiraannya.Apa yang mampu SS katakan, supaya penyanyi rock itu lebih menjaga tingkah lakunya di khalayak ramai pada masa akan datang.

Sumber : Metro

Related Post

  • Artis marah teman lelakiRAMAI yang berkata, seorang artis wanita sudah mula berubah perangainya sejak dia bertemu kekasih hati. Bukan saja hubun…
  • Kemuliaan hati Umie AidaPENGHUJUNG Ramadan lalu, ramai juga teman CK yang hadir pada majlis amal anjuran Umie Aida dan rakan-rakan. Pada majlis …
  • 2 beradik satu haluan Itulah 'tuah' menyebelahi dua beradik, Asiahtunakmar dan Sofiah Abdullah. Pilihan mereka nyata tepat apabila kerjaya me…
  • Dia kecewa album kurang promosiSULIT untuk dia mempercayai apa yang berlaku terhadapnya. Apatah lagi, selepas dia memberikan sepenuh kudrat dan jiwa un…
  • Yusry KRU damai di banglo idamanMESKIPUN Erra Fazira sudah menamatkan zaman jandanya dengan Engku Emran Engku Zainal pada 25 Oktober lalu, bekas suaminy…
0 Komentar untuk "Penyanyi rock peluk, cium artis lelaki"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info