Erra Fazira sebagai Tun Dr. Siti Hasmah dlm Muzikal Tun Mahathir

Bukan mudah membawakan watak tokoh ternama di atas pentas teater, kehadiran tokoh itu menonton diri dipentaskan pastinya menambah gusar di hati. Namun beruntungnya Erra Fazira apabila diperkenankan sendiri Tun Dr. Siti Hasmah mengisahkan dirinya dalam Muzikal Tun Mahathir. 

"Erra tahu expectation orang melihat Erra tonjolkan watak Tun Hasmah sangat tinggi. Lagipun Tun lemah lembut orangnya. Erra tak dibenarkan bawa watak secara berlebihan atau biasa-biasa saja dan itu menjadi konflik apabila memegang watak ini sebab tak boleh sesuka hati create my own style.

"Namun syukur bila diberi guideline oleh Tun sendiri bagaimana dan apa yang Erra harus lakukan untuk menonjolkan diri Tun yang sebenar dalam muzikal ini nanti. Tun beri tips dan tak mahu Erraover sangat bawa watak dirinya. Paling utama adalah Erra harus tonjolkan sifat keibuan dan lemah lembut dalam karektor.

"Erra tak boleh bawa watak sesuka hati mengikut kreativiti sebab Tun sangat menitikberatkan soal itu. Dari gaya rambut sehinggalah perwatakan, semuanya harus sama dengan Tun," ujar Erra gementar menanti reaksi penonton menerusi wataknya dalam Muzikal Tun Mahathir yang bakal dipentaskan di Istana Budaya  bermula 24 September hingga 4 Oktober ini

Bukannya mudah meluangkan masa dan berbual mesra dengan bekas Wanita Pertama Malaysia ini. Peluang mendekati Tun Hasmah tidak dilepaskan begitu sahaja. Bertanyakan soalan peribadi dan Erra akui jawapan yang diterima adakalanya mengejutkan.

"Tun seorang pemalu so saya yang banyak bertanya. Baru saya tahu masa muda-muda Tun berpewatakan tomboi sebab beliau satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga. Tun juga seorang yang lasak dan suka bersukan namun semuanya berubah apabila bertemu Tun Mahathir.

"Walaupun Tun lasak namun masih mengekalkan imej ketimuran dan sangat gemar memakai baju kurung dan kebaya," katanya yang digandingkan bersama Esma Daniel dan Zizan Nin dalam muzikal ini.

Related Post

  • Erra tak bersandingSPEKULASI tarikh perkahwinan Erra Fazira Wan Chek (Erra), 33, dan tunangannya, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emr…
  • Siapa paling lawa ?Menurut laman blog Manggaonline, Team Manggaonline telah memilih 3 orang artis yang pada pandangan Manggaonline antara y…
  • Erra Fazira antara isteri dan kerjayaBIARPUN telah bergelar isteri, Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 33, tetap meneruskan kerjaya seninya se…
  • Sapa Artis Paling lawa kat Malaysia?Last year (Dec 07), Malaywood ada buat polling, Sapa Artis Paling Lawa antara Rozita Che Wan, Maya Karin dan Erra fazira…
  • Artis & Selebriti Paling Sensasi 2007Sepanjang 2007, inilah antara artis dan selebriti di Malaysia yang banyak mencetuskan kontroversi dan paling banyak dib…
0 Komentar untuk "Erra Fazira sebagai Tun Dr. Siti Hasmah dlm Muzikal Tun Mahathir"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info